Isnin, 15 November 2010

        Pada 13hb November 2010 Bermulah satu sejarah lembaran baru setelah berita semua anggota dari Bn 4 PGA Cheras Selangor akan di pindahkan ke penempatan baru di Kem Semenyih yang jaraknya antara 30 Kilometer dari Kem Briged Tengah Cheras mengikut jarak yang tercatat dengan mengunakan kenderaan. Kini semua anggota berbagai cawangan sudah mula bersiap sedia mengemas barang-barang  mereka...
Inilah Antara kediaman Bn4 PGA Semenyih

28hb November 2010 Bermulalah Perpindahan peringkat pertama ke penempatan Baru Kem Semenyih dengan 10 orang anggota yang telah ditetapkan sebagaimana arahan PP Bn 4 PGA SUPT Saiful Annuar bin Yusoff. Dalam keadaan cuaca yang kurang memuaskan dengan hujan yang berpanjangan 10 keluarga dengan kenderaan yang telah  ditetapkan berlepas dari pengkalan Briged Tengah PGA Cheras Selangor menuju ke Kem Baru Semenyih di ikuti oleh trak yang membawa anggota fitik. Dengan tidak disengajakan Trak yang membawa anggota fitik telah terbabas dan melangar penghadang jalan berhampiraan lampu isyarat Sun Way Semenyih berhadapan tempat timbang JPJ, disebabkan keadaan jalan yang tidak elok dan hujan yang lebat. Akibatnya 6 anggota PGA telah mengalimi Cedera Parah ada yang patang kaki dan ada yang patah tangan.